
Menjalani latihan adalah sesuatu yang mudah tapi untuk menjaga tabiat pemakanan menjadi sesuatu yang sukar untuk kebanyakan orang. Badan yang sihat datangnya daripada pemakanan baik. Perkembangan struktur badan memerlukan nutirisi yang cukup. Setiap makanan yang dimakan mengandungi zat-zat tertentu, antaranya mineral, protein, vitamin, kolestrol, kabohidrat, dan bahan-bahan lain. Dalam bina badan kandungan zat dalam makanan amat di titik beratkan ini adalah kerana tahap perkembangan otot bergantung kepada jumlah zat yang diambil.
PROTEIN
Protein adalah komposisi yang terbesar di dalam tubuh kita. Sel-sel tubuh yang membina otot-otot, enzim-enzim, hormon, anti-bodi dan sebagainya terdiri dari protein. Protein memainkan peranan untuk membina dan membaik-pulih otot-otot badan. Oleh itu tidak dinafikan lagi proteinlah yang menjadi asas bahan untuk pembinaan otot. Protein banyak didapati dalam makanan laut, ikan, sotong, putih telur dan sebagainya. Pengambilan protein berlebihan tidak memberi kesan sampingan keatas kesihatan.
*Seeloknya selepas 20 minit selesai melakukan latihan dapatkan bekalan protein yang secukupnya bagi menampung proses recovery tisu yang telah rosak semasa latihan.
KARBOHIDRAT
Karbohidrat adalah sumber tenaga terpenting dan utama dalam tubuh kita. Pemakan selepas kita menjalani latihan mempengaruhi 50% perubahan pada kita iaitu dalam waktu rehat kita. Sebelum menjalani latihan, adalah digalakkan kita mengambil karbohidrat dan protein terlebih dahulu iaitu sekitar 30 minit sebelum latihan atau 30 minit selepas latihan.
*Kekurang karbohidrat akan menyebabkan badan kita terpaksa menghurai/menggunakan protein dalam tubuh untuk menghasilkan tenaga. Akibatnya latihan yang kita lakukan tidak menambah saiz otot bahkan mengurangkannya lagi.
LEMAK
Lemak juga sumber tenaga. Kapasiti tenaga yang dihasilkan adalah melebihi tenaga yang dihasilkan oleh karbohidrat. Sekiranya lemak tidak digunakan (melalui latihan yang dilakukan) ia akan bertukar kepada sel adipos atau sel lemak. Sel-sel ini banyak terkumpul terutamanya di perut dan punggung. Oleh sebab itu peningkatan sel lemak dalam tubuh kita akan melindungi bentuk menarik otot kita kerana sel-sel ini akan muncul di antara otot dan kulit kita.
* Lemak banyak terkandung dalam makanan yang berminyak, lapisan kulit ayam, kuning telur dan sebagainya.
AIR
Air memainkan peranan yang penting sebagai medium untuk pergerakan dan penyerapan bahan-bahan kimia dalam tubuh kita. Oleh itu kita perlu memastikan pengambilan air adalah mencukupi sebelum latihan dijalankan sama ada latihan yang melibatkan kekuatan (pumping, angkat berat dan sebagianya) atau pun yang melibatkan ketahanan (renang, jogging, dan sebagainya).
Pengambilan air yang tidak mencukupi dalam tubuh semasa latihan boleh menyebabkan dehidrasi iaitu keadaan air yang amat kurang dalam tubuh dan ini amat merbahaya kerana boleh menyebabkan pitam, sakit kepala selepas latihan dan sebagainya. *Ambil air 6-7 gelas sehari dan anda digalakkan untuk meminum segelas air 30 minit sebelum latihan dan 10 minit selepas latihan.
No comments:
Post a Comment